Tuesday, April 26, 2011

Kehebatan syurga berdasarkan Al-Quran

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka."  
(Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." 
(Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

muhasabah diri di i luv islam

Sunday, April 24, 2011

Ashraf Muslim bertunang...

Assalamualaikum readers..

Bertemu lagi kita pada hari niy.. alhamdulillah syukur kpd Allah swt atas kurniaan niy.. pastinya u'all sume da tahu tentang majlis pertunangan seorang lelaki macho, hensem , segak, juga alim.. lebih dikenali dgn name Ustaz Amirul ? kenal bukan. dia sudah selamat bertunang dgn pilihan hatinya Noor Dayana. seorang gadis yg agak cubby tapi comel. Dayana merupakan anak kepada Haji Lokman, yang merupakan tuan punya pusat perubatan Syifa Al Hidayah. Ashraf pula kini merupakan pengamal  Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah. Majlis pertunangan diadakan di Gombak, semalam. Majlis turut diadakan sempena meraikan majlis perasmian Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pada tempat & waktu yg sama. Khabarnya, majlis pernikahan akan berlangsung pada 1 Syawal di Mekah. sedihnya Ustaz da jadi milik org lain.. sob sob.. emm, moge berkekalan hige ke alam syurga ustaz.amin.

nak tegok gambar tak ? haaa, jom jom jom...






nak tengok lagi pic Ashraf & tunangnya.? tekan SINI

Tuesday, April 19, 2011

Kena tagged oleh Haireen..

ASSALAMUALAIKUM...


Okkk, i kena tagged oleh kawan kolej iaitu Haireen . jom kita jawab soalan niy, sejujur jujurnya..

1 ) 5 names thats friend call. 
- siti
- limah * macam hantu kak limah pulakkan !
- kuzai
- im
-qjey

2) 5 important dates in my life
- hari lahir org2 yg disayangi
- hari rayer
- hari maulidur rasul.. *ececeh
- hari ditinggalkan ! * xbape nak penting.. huhu
- hari mati

3) 5 things u have done yesterday
- study AIS
- makan cendol di tengahari yg terik
- kemas bilik yg mcm tongkang pecah niy -.-
- buat smthg special mase dia final exam
- mandikan laptop

4) 5 ways to happy 
- melalak dgn lagu jiwang, dlm bilik sorang2..
- bukak lagu nasyid kuat kuat
- baca al-quran
- main skepping kat depan umah
- main game kete banyak2 kali

5) 5 gift u would like to receive
- anak
- suami yg soleh
- kereta Honda Civic
- percutian ke Paris
- menjadi penceramah motivasi macam Dr Siti nurbahyah

6) 5 favourite hobbies 
- tidoo
- berkaraoke
- melawak
- melukis
- cuci pinggan

7) 5 places u want to go
- Mekah
- Paris
- Australiaa
- Korea
- Syurga

8) 5 favourite drinks
- air berais
- air bergas
- cendol
- air kelapa
-air nanas

9) 5 things u always found in my room 
- Rak buku tersusun rapi
- Bear yg besar2
- Susunan baju kurung kemas... ececeh
- barangan safi balqis satu set full
- beg yg pelbagai jenis

10) 5 favourite cloths colour 
- Really like PINK ! oh sejak azali.. jiwa touching memang mcm niy..
- Hijau muda
- purple muda
- gold
- Coklat

11) 5 favourite bands
- tak minat.. sorry

12) 5 favaourite people 
- Rasulullah saw
- Keluarga saya !
- Keluarga dia.
- Sahabat
- Musuh.. walaupun musuh, yg niy nantilah yg akan mencari kita.. betul tak ? -.-

13) 5 hangouts
- Times square *shopping
- Tasik* riadah
- Jusco Maluri * brg dapur
- Kolej Polytech Mara * study
- Kluang , Johor * balik kampung

14) 5 persons loves so much
- same mcm no 12

15) 5 reasons u answer this survey
- sbb kne tagged
- excited nak menaip
- kongsi pe yg korang tak tahu tentang ku
- saje je
- lu pikir lah sendiri... HAHA ! gelak jahat


Sunday, April 17, 2011

contest AHM COLLECTION

Assalamualaikum readers.. 

hari niy 18 April 2011. untuk pertama kalinya i join contest. diilhamkan oleh AHM Colloestion. mula mula rasa takut nak join, maklumlah i bukan blogger terhandal. segan mak ! tapi, rugi pulak bile tak join, sbb AHM colloction sendiri dtg ajak join. semangat uh datang tibe tibe. 

HEADER AHM COLLECTION

AHM Collection merupakan suatu kedai yg menjual barangan secara online. Sedia mengambil tempahan utk mencetak gambar & design merangkumi tulisan dan latar belakang. produk AHM Collection sesuai utk dijadikan cenderahati pd hari2 bersejarah. Contonhya utk wedding day, birthday, hari guru, reunion dan sebagainya. 

terdapat banyak produk yg dikeluarkan oleh AHM collection. Antaranya ialah :-
 untuk gambaran dan info lebih lanjut sila tekan SINI

 SALAH SATU PRODUK KELUARAN AHM COLLECTION:

CERAMIC MUG ( GAMBAR + TEKS )

berharga RM 15 sahaja ! murah taw...


WARNA PILIHAN : 

FULL WHITE

INNER BLACK

INNER BLUE

INNER GREEN

INNER ORANGE

INNER PINK

OUTER BLACK

OUTER GREEN

OUTER ORANGE

OUTER YELLOW


cantik cantik kan ? apa tunggu lagi jom borong dengan harga yg berbaloi baloi. macam kamdar, memang berbaloi ! hehe...



Alarm berbunyi

Assalamualaikum readers...

4:30 alarm berbunyi, dendangan selawat syifa' kedengaran di corong telinga. Suasana sejuk bagaikan berada di Cameron Highlands. Mata agak layu, syaitan masih bergayut gayut di kelopak mata. grrr ! wake up wake up.. final exam da dekat kan ? tolonglah bangun, " marah si hati ".. 

30 minit kemudian, barulah ku bangun. tengok ? betapa susahnya anak dara sorang niy nak bangun.. ish3.. okkk, time utk kejutkan si dia pulak.. hari niy merupakan hari pertama final exam dia. goodluck Mohd Norsi Shukor... buat sehabis baik okk..

Dan Khamis niy , 21 April 2011 bermulanya perjuangan ku. first paper is AIS ( Accounting in system ).. sangat harus menghafal formula EXCEL dan langkah2 buka bisnes.. MYOB.. full in english.. apalah nasib ? diriku yg malang. korang ade tak idea macam mane nak senang menghafal ? share lah pengalaman korang. kot kot mujarab kan.

Ampun maaf dipinta andai diri selalu membuat hati kalian terusik dek perangai ku yg sering menjengkelkan. Lumrahnya manusia , sering melakukan kesilapan bukan ? kesilapan mengajar kita erti kehidupan.


Doakan ku buat yg terbaik untuk final niy.. harap harap, sume paper lepas pada sem niy. insyaALLAH ~

Saturday, April 16, 2011

Jangan dengki bole ?

Assalamualaikum readers..

Terdapat sebanyak 42 buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

Tajuk entri hari niy ialah menceritakan kandungan yg terdapat dlm Hadis 35 :

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.
Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' " 


sesungguhnya yg baik datangnya drp ALLAH S.W.T dan yg buruknya datang drp kesilapan diri sendiri. terima kasih.

Friday, April 15, 2011

Sehari bersama Datuk Dr. Syeikh Muzaffar Shukor

Assalamualaikum readers...

alhamdulillah, bersyukur kpd ALLAH kerana memberi peluang utk buat entri baru ikhlas utk kalian semua. Pertama, ucapkan alhamdulillah atas nikmat yg diberi oleh ALLAH swt. Keduanya, mari berselawat utk baginda Rasullullah saw. Ketiganya, mari juga sedekahkan al-fatihah utk kaum2 muslimin & muslimat yg masih hidup ataupun telah meninggal dunia. al-fatihah.

Entri hari niy utk menceritakan sedikit sebanyak pengalaman yg dikongsi oleh Angkasawan Pertama negara ! mesti kenal kan ? Datuk Dr. Syeikh Muzaffar Shukor.. anak jati negeri sembilan. beliau merupakan doktor ortopedik. berjaya terpilih untuk berlepas ke angkasa selepas menewaskan Dr Faiz. Seperti yg beliau katakan tadi, rahsia kejayaan beliau mengalahkan Dr Faiz ialah kekuatan minda & stamina. beliau juga berkata banyak cabaran yg sangat mencabar sbg ujian sebelum berjaya ke angkasa.

Antara cabarannya yg i ingat Dr syeikh cakap tadi ialah :

- terpaksa bersaing dengan 11 ribu calon utk menjadi angkasawan.
- terpaksa di hantar ke Russia utk latihan.
- dicampak ke lautan hitam di Syberia selama 3 hari 3 malam. suhu laut tersebut ialah -45 darjah celcius.
- terpaksa melalui 9G latihan ( iaitu latihan yg paling seram, 9G niy latihan yg ditekankan dgn 3 kali berat badan sendiri ) * ibarat gajah duduk atas kita. mcm tulah beliau cakap tadi.

banyak lagi lah. cerita selanjutnya. tekan SINI.

Syarat-syarat untuk apply borang menjadi angkasawan ialah :

- mempunyai ijazah * tak kisah ijzah ape pon.
- tiada kesan parut di tubuh badan ( kesan operate @ xcident ) * kesan jerawat bole OKK !
- sihat tubuh badan
- penglihatan & pendengaran tajam.
- tidak merokok !

* banyak lagi.. macam biase, googles saje.


lastly, i nak share ngn u'all sume picture2 yg disnap sepanjang bersama beliau hari niy..


















Thursday, April 14, 2011

istimewa untuk Miss Nurshuhaida Abd Razak...

Assalamualaikum readers...

entri hari niy terlalu istimewa ditujukan utk miss nurshuhaida. Miss niy ajar subjek ECO. sempena birthday nya yg ke bape pon tak sure. SELAMAT HARI LAHIR miss yg comel, miss yg kiut miut, miss yg gile gile, miss yg suke m'jerit bile student die tido..walaupun miss jerit terserlah kecomelan miss, tak terkejut pon just nak tergelak.. shomel sangat2.. i loikee your style miss! pejam celik pejam celik, da nak final. migu depan. lepas niy ktowg da cuti sem miss. mesti rindu tak jumpe miss. da xdgr miss jerit. xdgr miss melawakk. aduh ! sedihya. sem depan miss da x ajar ktowg lagi kan ? yelaa, xkan nak repeat paper ECO niy pulak kan ? selisih malaikat 44. Ya allah, jauhkanlah ku drp kegagalan itu. -.-

emm, pnjg lebar pulak kata alu-aluan utk miss. jenuh miss nak bace. tett ! haha. Actually, i de satu hadiah yg terpaling special utk miss. ianya hasil nukilan sendiri. ilham dan idea datang dikala angin sepoi sepoi bahasa meniup ke ruangan bilikku. ececeh, bermadah pulak. okkk, tanpa membuang masa lagi, i akan tunjukkan kat u'all pe yg i bagi kat miss sbg hadiah di hari ulang tahun kelahiran miss. simple !



nama di beri : Kad Ucapan Villa de Garden

Bahan yg perlu : kertas warna, gunting, gam , pensel , pemadam, soletap, stepler & marker.

Cara-caranya, ikuti langkah berikut


STEP 1


i ) Gam kan di tengah tengah, antara 2 kertas berwarna hitam di atas.

ii) Lipat kedua-dua kertas hitam utk mendapatkan garisan tengah. Gunting kertas berwarna hijau dan tampalkan di garisan yg timbul di tengah tengah tadi.

iii) Lakar lorekan seperti dlm gamba rajah di atas. lorekan di side bar. 

iv) Gunting lorekan itu tadi. saiz lorekan mestilah sama.

STEP 2

 i) Selesai proses menggunting, buka kertas tadi. lihat ditengah tengah kertas. lipat berselang-seli hasil guntingan tadi. lipatan ke dalam, bukan ke luar. luruskan dgn pembaris.

ii) sudahkah jadi seperti gambarajah di sebelah kanan tu ? harap harap dpt follow.

STEP 3

i) Lukis gambar bunga. tak kisah bunga ape. janji bunga. saiz yg sesuai. seperti gambarajah di atas. 
ii) kemudian, lukis gambar daun pula. sesuai dgn saiz bunga. jgn terlalu melebihi saiz bunga. nanti nampak pelik.

iii) selesai lukis, gunting lah gambar2 tadi.


 STEP 4

i) Ambil kertas berwarna oren atau coklat utk membuat batang bunga tadi.
ii) Pintalkan kertas tadi seperti di atas. jika panjang batang tadi, potonglah dengan gunting.

iii) Pautkan bunga & daun tadi bersama batang yg telah siap.

STEP 5

i) Soletep kan bunga bunga yg segar tadi di atas kertas hitam tadi. 
ii) Untuk tidak menampakkan kesan soletep seperti gambar kiri, gunting kertas berwarna hijau seperti gambar rumput. ianya sbg keunikan seni itu halus.

iii) Buat bubbles dan tampalkan atas kertas tadi. tulis bubbles dgn ucapan yg dikehendaki dgn marker hitam. marker hitam menyerlahkan lagi kad ucapan anda.

iv) Selesai !

HASILNYA : PANDANGAN DARI HADAPAN.


HASILNYA: PANDANGAN DARI DALAM .


ikhlas, walaupun tak mahal.. -.-

Wednesday, April 13, 2011

Saya tahu siapa anda..

Assalamualaikum sume pengunjung setie blog SSL....

tajuk yg sangat panas ! terhangat dari dapur Datin Qjey. kenape ? haha. sebab macam kelaka sangat. kenapa erkk? jelous lah tu i gelak sorang2.. okkk, i bagitahu ye. 

semalam, i rase sangat musykil dgn sorang gadis niy bernama SSZ *bukan name sebenar .. kenape pelik huhu.. sebab die komen album photoshoot kitorang. THEN, tanpa buang mase i add laa die kat facebook. hari niy die approve. bile da approve , die post kat wall i.. said " thankz add ".. i pon reply wall post die.. " kenal Sue Eyda ke ? " .. die jawab tak kenal pon.. then, i balas balik , tapi kenapa komen kt album photoshoot kitorang ? sangat pelik.. terus die tak balas. 

A few minute later, inbox masuk. dan die balas " pelik2 lar awak niy ... ;( .. kedekot .. hehehe " .. i pulak tekan button reply dgn msj seperti ini " kedekot, asal doe ?? " .. die pon reply " sbb tak bagi komen kat wall .." bile bace msj tu, rase nak marah. tapi, takpe kenapa perlu marah bukan ? 

okkk, inisiatif lain i tgk photo album die.. tapi, satu keping picture pon tarak ade.. hampa ! siapakah anda ? naluri hati da berfikir tentang seseorang. seseorang yg sangat prihatin mengambil berat tentang diri niy. yang sangat suke komen status facebook i, yang suke likes picture i. ianya perempuan ok. bukan lelaki. mesti korang nak tahu siapa die kan ? Hanya Tuhan yg tahu ibarat kata UNIC ..

Syukur pada ALLAH sebab bagi HINT utk tahu siapa gerangan si die. Bile i bukak older post die, i ternampak die add i pada 07 Januari 2011. nak tunjuk bukti memang tak bole, baru tadi die remove post.. bile i belek belek post dari die, i dapat syak memang sah die lah gadis yg selalu follow i secara tersembunyi. da macam ejen 016 pulak kan ? okk, don't judge a book by its cover. right ? tapi, korang tak rase kelaka ke ? ya allah, kenapa perlu main sorok sorok niy.. 




P/S dari dapur Datin Qjey : behave yorself. segala gerak geri anda diperhatikan oleh detective conan.. terima kasih -.-
 

Tuesday, April 12, 2011

OMG ! die ade laa.. hehe

Assalamualaikum... sume pengunjung blog SSL yg dikasihi sekalian...
Alhamdulillah, bertemu lagi kite pada hari ini..

Petang tadi, sewaktu i ke kolej. i ternampak satu papan tanda berhampiran lift belakang. Senarai nama LPPKP.. tw ke LPPKP uh pe ?  kire modul UiTM yg perlu dilaksanakan 6 kali dalam 6 semestar sbg syarat utk menjadi graduan. insyaALLAH  tahun depan i akan grad sbg student Diploma in Accountancy. amin

Memang bosan modul niy. tiap tiap sem bende same jex buat. seisi perkenal diri, design baju menggunakan surat khabar, seisi berlakon, kreatif pemikiran dan banyak lagi. macam ala ala orientasi dulu. adeh, bosan kan -.-

bile tengok senarai nama. OMG ! die ade laaa.. memang syok lah kan die ade.. macam mana i bole satu group dgn die. oh  i seronok, happy, suke sangat sangat. terima kasih pada yg sudi satukan kami bersama. ececeh -.-

Siapakah gerangan yg bertuah bersama Datin Qjey ? nantikan.. picture akan diupload utk entri akan datang. tunggu.. HEHE !

Monday, April 11, 2011

Terbaik dari dapur Datin Qjey !

 Assalamualaikum semua pengunjung setia blog SSL...

Hari niy mood makan sangatlah demand.. mentang mentang duit poket ade lagi.. sakan betul nak makan.. kehkeh.. ok lah tu, selagi hidup perlukan makan bukan ? ok, nak melantak yg sedap bukan kat kedai makan. restoren mahupun gerai2 tepi jalan.. melantak paling sedap dengan air tangan sendiri.. hari niy i nak share ngn u'all sume tentang resepi istimewa dari dapur Datin Qjey..

jom main masak masak ? ape kite nak masak ? ok, jawapannya... Tom Yam Campur seindah biasa...
da lame mengidam nak makan tom yam.. bile bukak peti ais, wow ! memang ade bahan-bahan nak buat tom yam ayam.. niy tom yam cincai punye.. anak dara yg masak memang macam tu, kalau nak sedap suruh mak masak.. kompem ! marbeles... hihi -.-

Bagi sape2 yg ingin mengambil hati bakal2 mak mertue.. Haruslah pandai masak.. bukan setakat pandai dlm pelajaran, perlu juga pandai ambil hati bakal mak mertue. jangan gune cara kotor, marilah gune cara yg suci. Memikat hati dengan masakan. insyaALLAH, andalah yg akan dipandang oleh mak mertue tu nanti.


Bahan-bahan yg diperlukan : 


Label no 1 : Udang, sotong, ayam, daging..  kate nak buat tom yam campur kan..

Label no 2 : Serai

Label no 3 : Limau Purut

Label no 4 : Bawang merah & bawang putih..

Label no 5 : Cili api

Label no 6 :  Daun limau purut

Label no 7 : Perencah tom yam.. hanya RM 1.00 sepeket dipasaran..

Cara-cara memasak :

1- Panaskan periuk yang berisi air. Kandungan air mengikut keinginan anda untuk menghirup kuah tom yam itu nanti.

2- Masukkan Perencah Tom Yam. Masukkan bawang yg telah dihiris ikut saiz yg diingikan.

3- Masukkan juga ayam/udang/sotong/daging yg telah bersih dicuci.

4- Apabila mendidih, masukkan serai yg ditumbuk hujungnya dan juga cili api yang diketuk.

5- Masukkan garam, gula , dan pak aji secukup rasa.

6- Biarkan selama 5-6 minit. sebelum disediakan, masukkan daun limau purut dan perah sedikit limau purut atas masakan tom yam itu tadi.

7- Sedia untuk dihidang.

P/S : kalau tak paham apa yg cikgu ajar, bole laa google.. HEHE..


HASILNYA :


TOM YAM CAMPUR SEINDAH BIASA !




Sunday, April 10, 2011

AWAS !! TELUR TIRUAN...


Bahan-Bahan Untuk Membuat Telur Tiruan:

  • Glucolactone
  • Asid Benzoic
  • Kalsium Klorida
  • Selulosa
  • Alum
  • Asid Amino
  • Pewarna Makanan
  • Sodium alginate
  • Gelatin



1 : ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida + Pewarna Makanan = Untuk telur kuning

2: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida tanpa pewarna makanan = Putih telur

3: Acuan untuk

4: Acuan untuk kuning telur


Step 1



Telur kuning dihasilkan daripada bancuhan Kalsium Kloride,air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) dan pewarna makanan ditambah untuk hasilkan warna kuning. Bancuhan tadi dimasukkan kedalam acuan (4) sebanyak 2/3 daripada isipadu acuan (4) tadi.

Step 2



Lepas telur kuning tadi dah beku keluar kandan masukkan ke dalam acuan (3). Bahagian acuan (3) tadi dicelupkan kedalam bekas yang mengandungi Kalsium Klorida, air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) untuk menghasilkan lapisan putih telur. Biarkan telur selama 1jam untuk membeku dan telur boleh dibasuh selepas itu.

Step 3



Dengan menggunakan benang, telur yang tadinya dah membeku direndam dalam larutan parafin. Yang ni untuk proses membentuk cengkerang telur.



Dan ini hasilnya tapi telur tiruan ini dikatakan lebih mudah pecah berbanding dengan telur ayam biasa tu.Tapi kalau dari segi rupa memang saling tak tumpah. Rasanya pon lebih sed ap dari telur ayam sebenar dan rasa sedap inilah punca keracunan makanan.





Dikatakan kos untuk membuat telur tiruan ini cuma 0.55 Yuan setiap sekilogram kalau nak dibandingkan kos untuk telur ayam sebenar ialah 5.6 Yuan sekilogram. Patut lah pon siap buat kelas buat telur tiruan sebab untung banyak kalau nak dibandingkan dengan telur ayam. Dan khabarnya, telur tiruan ni telah menyumbang kepada masalah keracunan makanan yang semakin meningkat di China.

So, hati hati lah time kita nak beli telur. Tak pasti sama ada telur tiruan ni dah ada di Malaysia atau belum.

credit to  : : islamku cintaku