Wednesday, June 15, 2011

Keajaiban ALLAH - Gerhana Bulan

Assalamualaikum readers..

selamat malam, da tido ke tu ? atau sedang bertungkus lumus menyiapkan assigment yg lecture bg tadi ? atau tgh tgu masa nk tgk gerhana bulan mlm niy ? info pasal gerhana bulan niy i dapat dlm facebook.. bile terbaca status Mohd Fadli Yusof .. Dalam status beliau yg merupakan pengarah Human Nature Consultant, beliau berkata :
Allahuakbar! Satu lagi kebesaran Allah bakal disaksikan malam ini 14 Rejab 1432H, fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku di angkasaraya Malaysia, di antara jam 1.25 am – 7.00 am. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari. Umat Islam disunatkan untuk solat khusuf (solat sunat gerhana bulan).
Menurut imam Ibrahim al-Baijuri antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ini ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah, sekiranya keduanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka nescaya akan menjaga dirinya dari kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika.
Banyak video dapat disaksikan melalui youtube tentang gerhana bulan.. saksikanlah video gerhana bulan yg dirakanmkan pada jam 5.30 pagi, 4 March 2007. video ini kalau dihayati dgn penuh perasaan insaf, pasti akan mengalir airmata. ALLAH MAHA BERKUASA. ALLAH MAHA BESAR. 
                                               
Jadi, kepada semua umat islam tidak kira lelaki ataupun perempuan.. jika fenomena gerhana bulan berlaku malam niy. Marilah sama-sama kita solat sunat khusuf.