Monday, December 19, 2011

Saya sayang family saya :)












Assalamualaikum readers..


How are you? mintak mintak sihat walafiat di samping orang2 tercinta.. semoga sentiasa dalam limpahan kurniaNya.. amin~

Nak tahu something tak? hari tu kite ngn family kite g makan angin, kat pulau langkawi.. seronok sangat dapat spend time ngan yeowg.. walaupun terpaksa ponteng kelas, without MC.. walaupun abg sendiri & akak ipar doktor.. xde pon simpati nak bagi MC.. sedih kan? takpe lar, kite paham.. tapi, serious sedih..

Ok, lupe kan kisah sedih.. jom lar follow perjalanan 3 hari 2 malam kite ngn family kite ke Pulau Langkawi dgn rombongan 4 kete (Hyundai Elentra, Proton Wira, Honda Civic & Grand Livina ) ..

Hari pertama :
4.00 am : Bangun tidoooo~ ngantuk nyer :(
4.50 am : bersiap & mula bergerak.
6.15am : sampai R&R Tapah (solat subuh kat situ )
8.30 am : sampai R&R Sg. Perak ( breakfast sandwich & karipap/ teh tarik n others)
11.30 am : singgah R&R Gurun, Kedah.. (relax for a while & anak2 buah mandi mandi sebab pagi tadi tak mandi)
12.30 noon : sampai Jeti Kuala Perlis, parking kete.. turun barang2 & beratur beli tiket ke Jeti Pulau Langkawi.. RM 18 per person (adult) & RM13 per person (child above 3 years)..
1.30 pm : berlepas naik feri ke Jeti Pulau Langkawi..
2.45 pm : sampai jeti Kuala Perlis, lunch sementara tunggu 2 van pregio sampai.
3.15 pm : van sampai, angkat barang masuk van .
3.30 pm : bergerak ke homestay Taman Nilam, Kuah. Rm450 3day 2night if i'm not mistaken..
3.45 pm : sampai homestay. turun barang2.. check in homestay..



Hari kedua : 
6.00 am : bangun , mandi & solat subuh.
7.30 am : breakfast
8.30 am  : bersiap & mulakan pengembaraan ke pulau pulau terindah di Langkawi.
9.15 am : sampai jeti Pulau Langkawi. sewa 2 bot utk perjalanan merentasi pulau.
9.45 am : sampai Pulau Beras Basah ( 1 jam diberikan utk mandi manda di pantai tu )
11.00 am : teruskan perjalanan ke kawasan yg banyak helang.. besar besar woh helang dia, tapi tak sebesar helang kat Dataran Lang.. hehe~ masing2 takut nak dekat ngn helang.. takut dslr tercampak masuk ke laut.. kan susah.
11.20 am : teruskan perjalanan menuju ke tempat ikan below 80 kg.. tu tak termasuk dlm senarai destinasi sebenarnya.. tapi, takpe sebab de family yg nak pegi.. sok tambahan bayaran RM10 per life jacket.. @ per adult..
11.45 am : menuju ke Pulau Dayang Bunting , name english dia Pregnant Maiden Lake kot.. huhu~
masa diberikan dalam 1 jam lebih.. sebab kene mendaki naik ke atas bukit tu, barulah boleh jumpe rawatan ikan keli.. serius geli weyh! awww~
Around 2 lebih pm : harus bergerak ke bot & balik ke jeti.. serius perut lapaq! huhu.. mesti mao makan kan? jom jom makan.. Destinasi lunch kali ini ialah  Pak Hj  Ya Nasi Ayam, area Kuah kot.. sedap giler kot nasi ayam dia, cubalah try?? pasti mao..
3.30 pm : terus gerak ke idaman suri. shopping pinggan mangkuk, cadar tilam, coklat, dan macam2 lagi..
4.30 pm : settle shopping! balik ke homestay.. serius tired weyh! tak bole blaaa penat dia.. parents aku sampai demam.. kesian yeowg.. balik rumah & solat jamak takhir & rest lar pe lagi..
6.30 pm : bergerak ke International Langkawi Airport, amek akak yg baru sampai. dia sampai lambat sbb de meeting ngn klien luar negara, dia sbg eksekutif deparmnet tu so dia kene handle meeting, takkan dia nak tinggalkan meeting tu.. kesian anak buah dia kan.
7.15 pm : tak solat magrib sebab akan jamak takhir nanti. huhu~ teruskan perjalanan menuju ke Pantai Chenang, shopping baju & cenderahati utk kawan2.. ( # lame giler kite shopping, padahal nak pilih baju je pon.. tu pun susah).. hehehe~ alaaa normal lar perempuan kalau dah shopping, harap kaum adam memahami yerr... haaa~ camtu lar suami mithali.. sabar layan karenah isteri diaaa.. heeee~
9.00 pm : jalan jalan ke tempat ikan bakar, The Zone , makan satay weyh.. waa sonok nyer owg blanje.. nie lar untung nyer jadi student walaupun usia dah tue! tapi still lagi study, everything expenses will be supported by your family..
12.00 pm : sampai homestay.. solat jamak takhir lagi dan tidooo.. esok nk bangun pagi lorrr.. kbai


Hari Ketiga :
6.00 am : bangun, mandi & solat subuh.
7.30 am : breakfast
8.30 am : gerak ke Cabel Car place. beratur beli tiket.. kene bagi IC utk harga istimewa satu malaysia.. rasanye RM 15 kalau de IC & kalau takde IC kene bayar double.. means RM 30..
11.00 am : settle naik kete kabel. penat gayat naik jambatan goyang2 tu.. letih exersise daki bukit.. how exhausted!
12.00 noon : makan makan sambil jalan jalan..
12.30 pm : harus gerak ke homestay utk check out..
2.00 pm : kene pulangkan van pregio..
2.30 pm : lunch kat Bistro Cafe kat Jeti Pulau Langkawi. shopping coklat lagi kat Jeti, sebab hari tu tak sempat beli kt idaman suri & coklat yg nak da takde.. habis weyh! org ramai.. tapi, harga coklat kt idaman suri & jeti sangat jauh bezanye.. giler lar weyh! habis mark up seller tu amek.. noty betul !
3.30 pm : baru siap lunch.. nak g Dataran Lang tak sempat sebab feri nak jalan kol 4 ptg
4.20 pm : naik feri ke Jeti Kuala Perlis..
5.15 pm : sampai sudaaa jeti.. tunggu amek kete kat parking.. angkut barang masuk bonet kete..
6.30 pm : gerak ke Masjid Besar Kuala Perlis.. jamak takhir utk zohor dan asar & jamak utk magrib dan isyak sekali .. musafir kan? tapi, serius cantik sungguh masjid tu! siap de pengantin baru lepas diijabkabulkan.. siap photoshoot magrib2 kat situ.. giler punye orang :)
8.00 pm : mulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur..
9.30 pm : sampai R&R Gurun, Kedah.. makan jap, perut lapaq sangattt..
10.30 pm : gerak ke Kuala Lumpur. sedap tidoq dlm kete.. sejuk giler.. bau masyam sebab tak mandi lagi..
4.45 am : sampai bukit naga, Kg Kemuning Shah Alam.. (rumah abg no 2) berlabuh kat situ.. sume tidoqqqqqqqqq dlm keadaan musafir yg kepenatan & kehausan..

Beginilah pengembaraan keluargaku ke Pulau Langkawi selam 3 hari 2 malam.. anda pula bagaimana? sudahkan anda melancong ke sana. hehe~

ok, nie ade sedikit pic sepanjang kami bercuti bersama..



on the way          
breakfast at R&R Sg Perak



sampai kuala perlis 

dalam feri
kat jeti pulau langkawi
menuju ke Pulau Beras Basah
menuju ke Pulau Beras Basah


      
At Pantai Pulau Beras Basah  





At tempat ikan besar below 80 kg
lunch at Pak Hj Ya Nasi Ayam

da sampai cabel car place

jom naik kete kabel




my abg no 6 ( the gila gila one! )


atas bukit, lepas keluar drp kete kabel.. my lovely sis & bro

nie jelar pic yg bole nk upload.. banyak sangatt, line pulak laju semacam je nie.. hehe~ tak tak, gurau je.. nak tgk pic yg lain lain lagi? ok.. bole klik link kat bawah nie..

TRIP TO PULAU LANGKAWI - PART I
TRIP TO PULAU LANGKAWI - PART II



Sunday, December 11, 2011

Telur berdiri semasa gerhana bulan.. subhanallah!

Assalamualaikum  readers..

lagi keajaiban allah tunjukkan kepada kita semua..
Bumi akan mengalami daya tarikan graviti dari matahari dan bulan yang lebih besar. Keadaan ini berlaku ketika gerhana matahari bila bulan di antara matahari dan bumi.
Pada kedudukan ini, telur yang berada di bumi, mengalami daya tarikan graviti dari matahari dan bulan yang paling kuat dari tempat lain.Oleh kerana itulah, telur yang berada di bumi akan berdiri kerana mengalami daya tarikan graviti yang kuat.
Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.
Ianya berlaku kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan sewaktu gerhana yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti ke ke atas.
Dalam keadaan ini, putih telur dikatakan tertarik ke bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sekaligus mewujudkan keseimbangan.
Prinsip yang sama juga berlaku kepada kejadian pasang surut air laut.
Jika dalam keadaan gerhana, di mana bumi, bulan dan matahari berada di dalam satu garisan, maka akan berlakulah air pasang perbani atau disebut juga air pasang besar.










Terima kasih kepada saudara Mohd Ezli Mashut kerana perkongsian ini.

Subahanallah… Sebar-sebarkan kekuasaan Allah ini..

credit to giler kentang

Saturday, December 10, 2011

'Dean list ' kerana Allah

Assalamualaikum readers.. 

Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka.
Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap.
Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.

Matlamat yang disalahertikan
Bagi kebanyakkan pelajar tahun 1 di sini, dan saya percaya di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target, "Sekurang-kurangnya, Dean list". Saya juga pernah meletakkan target sedemikian.
Timbulnya pendapat seperti di atas membuat aku sedikit lega. Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, aku belajar kerana Allah. Namun aku tertanya-tanya, salahkah belajar kerana Dean list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapat Dean list?
Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah?
Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah.
Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?
Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?

Matlamat dan usaha
Tersebutlah kisah seorang pelajar yang terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya, "Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya. Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah. Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas".  Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.
Dimana silapnya?
Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?
Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.
Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Kesimpulan
Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam.

credit to iluvislam . sekian wassalam.



Tuesday, December 6, 2011




     Assalamualaikum readers..



salam perantau dari saya. *hahaha takde kaitan betullah.. ok, first of all apa khabar? sihat tak? alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh ALLAH swt utk terus menikmati keindahan alam semesta dan masih sempat menikmati hari hari yg ceria.. terima kasih allah.

ok, sebenarnya kan kan? emm cmne nak cakap nie ok.. sebenarnya tengah sakit hati dgn someone, sebab batalkan planning. alasan memang munasabah dan paling kesal termarah dia dgn alasan yg dia bagi. sepatutnya, tak perlu marah dgn alasan tu. sebab sbg itu tanggungjawab dia utk laksankan. rasa kesal jugak terlepas cakap kat dia tadi. adehh, nie lah padahnya kerana mulut badan binasa. emm, maafkan saya awak! saya tak sengaja terlepas kemarahan tadi, kalau pun awak da cop saya sebagai seorang pemarah 7 padan baran.. takpe, memang saya gitu pon org nye.. sikit pon tak kesal, sebab saya ngaku saya memang mcm tu. tapi, malam nie saya nak mintak maaf banyak2 kat awak sebab da lukakan hati awak..

mungkin ada hikmah disebalik kejadian sebab tak dapat jumpa. hikmahnya, saya ada seminar entrepreneurship (keusahawanan) pulak minggu nie. takpe lar, mungkin lain kali saja kite bersua? insyaalah..


akhir kata, bacalah ini.

Indahnya Kemaafan
oleh : Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

 Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan??

“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.

Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)



**saya nak mintak maaf kat sume org2 yg mengenali diri ini, kpd mush2 sekalian, kpd sape2 jelah yg pernah terguris hati sebab perangai ini.

“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”
-pesanan dr Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Monday, December 5, 2011

Takziah Apek


Assalamualaikum readers.. 



salam takziah buat Khairul Fahmi Che Mat (Apek) penjaga Gol Kebangsaan dan keluarganya diatas pemergian adik kesayangannya menyahut seruan illahi. Adik beliau, Mohd Amirul Izzat Che Mat telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.30 pagi semalam. Di khabarkan, Arwah telah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru kerana demam denggi.

Adik tersayang Amirul Izzat Che Mat yang baru berusia 16 tahun meninggal dunia akibat demam denggi kira-kira pukul 11.15 pagi semalam. Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM.

Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari.

Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.



credit to sumber bernama


Dialog malm pertama antara suami dan isteri

Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing, jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan. Tidak pernah mereka berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin. Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.
Malam semakin larut, si suami membasahkan tubuhnya menyucikan diri. “Aneh” bisik isterinya. Di malam-malam begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh? Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong agak lama sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya, suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan sujud dan terdengar esakan kecil umpama merintih.
Dia tahu apa yang dilakukan oleh suaminya dan dia akur. Itulah cinta suaminya yang sejati. Dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu dan dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya, tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu. Dia menunggu, bertelekung di atas taburan bunga mawar di atas katil empuk itu. Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya, isterinya menunduk malu.
Isteri : Mengapa awak pilih saya?
Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).
Isteri : Ramai kan yang berniqab?
Suami : Kerana awak ada agama.
Isteri : Ramai kan yang ada agama?
Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.
Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.
Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab, saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.
Isteri : Saya tidak cantik…
Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya. Tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya. Tetapi adakah perempuan sedar, mereka yang menampakkan kecantikan yang haram didedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak. Wana’uzubillah.
Isteri : Saya juga ingin cantik…
Suami : Sayang, kecantikan awak takkan kekal. Awak akan dimakan usia. Tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?
Isteri: Itu yang saya mahukan…
Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari, malah lebih dari itu?
Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?
Suami : Ada caranya, malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!
Isteri: Yakah?, tunjukkan caranya!
Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.
Isteri : Saya kurang faham, di mana alat-alat mekapnya?
Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).
Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?
Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu. Awak ada wudukkah?
Isteri : Ada. Nanti sekejap.
Suami : Lihat Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung.” (ayat 35 ), Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru. Dalam keadaan mereka itu muda dan perawan. Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya “Dan Kami jadikan mereka itu gadis perawan” (ayat 36).
Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti.
Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi “(Tentang wanita) penuh cinta (kepada suami mereka) lagi sebaya umur” (ayat 37). Dalam Ayat ini, Allah menerangkan mereka ini (wanita) terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka. Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja (Tafsiran Ibn Abbas).
Isteri : Sahih tu bang, tapi saya nak bayangkan macam mana cantiknya saya dalam syurga nanti.
Suami: Baiklah, tunggu sekejap saya ambil kitab hadith, lihat ini ada Riwayat dari Hadis Tabhrani, sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin yang saya ceritakan tadi, ingatkah?
Isteri : Oh! ada, saya ingat.
Suami : Maka bertanya lagi Ummu Salamah: Dengan apa yang menyebabkan mereka lebih baik, Baginda pun bersabda: dengan solat mereka, puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah. Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning (yakni emas) rantai mereka daripada permata, sikat mereka daripada emas. Lalu mereka berkata: Kami kekal (di dalam syurga) dan kami tidak akan mati lagi, kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal di dalam syurga dan kami tidak akan berpindah, kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah, beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami. Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak. Nah! Hadith ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari.
Isteri : Alhamdulillah, baru saya faham. Maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri-ciri dari firman Allah dan hadith, maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!
Suami : Wanita yang merupakan ahli syurga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya. Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki di dalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya, apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya? Pada pandangan saya, orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula di samping berhajat kepada suami, akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka. Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga?
Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip, tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!
Suami : Ya. Saya juga muzakarah dengan awak, lagi satu, bidadari syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!
Isteri : Hah! Bidadari marah saya? Kenapa? Macam mana awak tahu?
Suami : Buka kitab hadis tadi, baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)
Isteri : Wah! Saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!
Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (H.R. Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Isteri : Alhamdulillah! Baru saya faham sejelasnya, terima kasih abang. Tetapi itukan banyak persoalan tentang saya, bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah, yang menghidupkan sunnah Rasulullah dan akan mendapat nikmat syurga. Bagaimana dengan diri abang?
Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan, biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti. InsyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya.



credit to www.gilerkentang.com




Thursday, December 1, 2011

terima kasih awak :)




Assalamualaikum semua pembaca setia..

selamat malam, sihat tak hari nie? diharapkan semuanya sihat dlm kurniaan rahmatNya.. selamat menyambut bulan Disember, bulan paling akhir dlm kalender omputih.. hehe~

hari nie merupakan hari paling best. sebab pe, tadi dpt pegi karokkk with ehem ehem.. opsss, bukan gewe but my lil sis.. ye teman bantai 2 jam melalak dlm VIP room at Axis Atrium, Pandan Indah KL.. menjerit lar sepuas hati, takkan didengar dek orang nye deh. hilang segala tension! haha~

paling bahagia sekali, alhamdulillah rezeki terjumpa sorang akak nie. name dia kak ismaa, umo 21 tahun study kat UTP.. sangat baik, muka suci, lemah lembut.. masa nak solat magrib kat surau mall Axis Atrium, kak nie tegur " jom solat jemaah, nak tak? " .. aku lantas tersenyum dan angguk kepala berkali2.. seronok! da lame xsolat jemaah.. lagi pon, pahala solat jemaah adalah 27 kali ganda berbanding solat sendiri..

lepas selesai, aku tergerak nak tanya kak tu pasal USRAH. lepas tu kak tu ckp, yes kak join group tu. dlm hati aku lega sikit, sebab sekarang aku tgh pikir nk join USRAH. before this, aku penah join but only a few month.. so, bile da lame xpegi usrah tu, time nk pegi balik rase segan.. tapi, bakal sumai pernah ckp "jangan nak segan dgn org, yg penting kita buat semua kerana ALLAH, ianya akan dipermudahkan".

lama jugak borak2 dgn kak tu. kak tu ada 3 adik beradik, kak ismaa along, adik dia perempuan umo 20 tahun(sebaya aku) study kat politeknik merlimau dan lagi sorang tak pasti. borak2 panjang, tetibe terlepas ckp yg aku de bakal suami dekat politeknik adik dia belajar.. adeh! malu.. kak tu gelakkan jelaaa, tapi aku ckp insyaallah next year bakal suami akan abes belaja.. then, keje cukup duit kawen.. tapi, aku ngadu kat kak tu " takut mak tak bagi lar nk kwen awal, yelaa kan belaja x abes lagi.. mesti mak suruh sambung degree abeskan".. kak ismaa jawab dgn tenang, "kalau awk nk tahu, seorang perempuan yg ditemukan jodoh lebih awal itu adalah suatu keberkatan drp allah".. tetibe hati aku berbunga-bunga.. baguslah kawen awal, kak tu ckp.. bakal suami awk budak usrah jugak ke? kalau ye, bagus lar.. bukan senang nk dpt lelaki mcm tu sekarang.. kawan2 kak yg masuk usrah semua da cop pasangan masing2 budak usrah jugak.. kak ismaa je tak de lagi.. hehe~

hampir satu jam jugak berborak, then aku mintak izin utk pergi. sebab tak nak balik lambat sangat.. lepas tu aku tukar no phone utk senang berborak panjang..


sekian.