Monday, April 11, 2011

Terbaik dari dapur Datin Qjey !

 Assalamualaikum semua pengunjung setia blog SSL...

Hari niy mood makan sangatlah demand.. mentang mentang duit poket ade lagi.. sakan betul nak makan.. kehkeh.. ok lah tu, selagi hidup perlukan makan bukan ? ok, nak melantak yg sedap bukan kat kedai makan. restoren mahupun gerai2 tepi jalan.. melantak paling sedap dengan air tangan sendiri.. hari niy i nak share ngn u'all sume tentang resepi istimewa dari dapur Datin Qjey..

jom main masak masak ? ape kite nak masak ? ok, jawapannya... Tom Yam Campur seindah biasa...
da lame mengidam nak makan tom yam.. bile bukak peti ais, wow ! memang ade bahan-bahan nak buat tom yam ayam.. niy tom yam cincai punye.. anak dara yg masak memang macam tu, kalau nak sedap suruh mak masak.. kompem ! marbeles... hihi -.-

Bagi sape2 yg ingin mengambil hati bakal2 mak mertue.. Haruslah pandai masak.. bukan setakat pandai dlm pelajaran, perlu juga pandai ambil hati bakal mak mertue. jangan gune cara kotor, marilah gune cara yg suci. Memikat hati dengan masakan. insyaALLAH, andalah yg akan dipandang oleh mak mertue tu nanti.


Bahan-bahan yg diperlukan : 


Label no 1 : Udang, sotong, ayam, daging..  kate nak buat tom yam campur kan..

Label no 2 : Serai

Label no 3 : Limau Purut

Label no 4 : Bawang merah & bawang putih..

Label no 5 : Cili api

Label no 6 :  Daun limau purut

Label no 7 : Perencah tom yam.. hanya RM 1.00 sepeket dipasaran..

Cara-cara memasak :

1- Panaskan periuk yang berisi air. Kandungan air mengikut keinginan anda untuk menghirup kuah tom yam itu nanti.

2- Masukkan Perencah Tom Yam. Masukkan bawang yg telah dihiris ikut saiz yg diingikan.

3- Masukkan juga ayam/udang/sotong/daging yg telah bersih dicuci.

4- Apabila mendidih, masukkan serai yg ditumbuk hujungnya dan juga cili api yang diketuk.

5- Masukkan garam, gula , dan pak aji secukup rasa.

6- Biarkan selama 5-6 minit. sebelum disediakan, masukkan daun limau purut dan perah sedikit limau purut atas masakan tom yam itu tadi.

7- Sedia untuk dihidang.

P/S : kalau tak paham apa yg cikgu ajar, bole laa google.. HEHE..


HASILNYA :


TOM YAM CAMPUR SEINDAH BIASA !