Wednesday, August 3, 2011

6 cara capai kesempurnaan Ramadhan





Assalamualaikum readers..

pe khabar? harap sihat hendaknya.. of course la kan, lepas lepas bukak pose nie.. perut pon da kenyang, jgn lupe solat magrib, isyak & tarawih u'all tu..

okk, entri mlm nie i nk share sikit tentang 6 cara yg boleh capai kesempurnaan Ramadhan u'all...


IMAM Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menghuraikan enam cara
mencapai kesempurnaan puasa di kalangan orang beriman dan bertaqwa, iaitu:

Menahan pandangan daripada segala kecelaan termasuk
 melakukan perkara makruh serta mengelak daripada kelalaian
 mengingati dan mengerjakan suruhan Allah.


Menjaga lidah daripada bercakap sesuatu yang sia-sia seperti
berdusta, mengumpat dan mencarut, sebaliknya memperbanyakkan
 zikir dan membaca al-Quran.


Menjaga pendengaran daripada mendengar kata-kata tidak baik
kerana setiap yang haram diucapkan haram juga mendengarnya.
Satu hadis Rasulullah saw menjelaskan yang mengumpat dan yang
 mendengar turut terikat dalam dosa.


Mencegah anggota tubuh lain seperti kaki dan tangan melakukan
maksiat dan perkara mungkar selain mengelak memakan makanan
subahat dan haram.


Tidak berlebih-lebihan menikmati makanan ketika berbuka kerana
tindakan itu mengurangkan hikmah puasa.


Membersihkan hati dan meminta keredaan Allah agar puasa kita
diterima dan mutu puasa dapat ditingkatkan lagi.








renung renungkan, dan selamat beramal..

sumber : daripada JAIS

No comments:

Post a Comment

berani komenlah.. hehe~