Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha semua ~


Hari raya Aidiladha dalam hadis.

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: 
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Friday, November 4, 2011

1st Contest by 'QN' - CONTEST OH BERGAYANYA AKU !

INI ADALAH STICK POST
SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY BARU

hai sume:119:syukur Alhamdulillah tercapai juga hasrat kami ingin menganjurkan contest pertama kami ni dan kami berharap dapat sambutan lah.:face12:ok tak nak panjang lebar mari ramai ramai join ye.:face64:


syarat-syaratnya:
1mestilah FOLLOW blog nina dan qjey (wajib sebab senang mengetahui update contest ini dari semasa ke semasa)
2LIKE lah page kami
3BUAT satu entry yang bertajuk : CONTEST OH BERGAYANYA AKU !
4COPY banner di atas dan letak di dalam entry anda sekali serta linkkan ke blog ni
5masukkan SATU gambar anda yang paling bergaya, cantik, hot dan sebagainya untuk dipertaruhkan (lebih pun tak apa) - gambar tersebut boleh di edit/original
6tag minimum 2 rakan blogger dan mestilah mereka tahu yang mereka ditag (beritahu je orang yang korang tag tu)
7contest ini akan dibatalkan sekiranya kurang dari 5 penyertaan. so tag lah ramai ramai lagi bagus
8terbuka kepada lelaki dan perempuan
9TARIKH TUTUP : 04/10/2011 - 04/11/2011
HADIAH:

1st - topup RM 10 (MAXIS/CELCOM)
2nd - topup RM 5 (MAXIS/CELCOM)
3rd - topup RM 3 (MAXIS/CELCOM)

CARA PEMILIHAN PEMENANG:

jangan bimbang kami tidak menggunakan sistem VOTE kerana akan berat sebelah dan tidak adil.:face75:pemenang kami akan memilih berdasarkan posing, kreativiti gambar tersebut dan sebagainya.:face18:kiranya cantik lah:119::face46:kalau tak bergaya pun tak apa janji gambar tersebut mencuri hati juri untuk memilih pemenang ok:120::face64:   
UPDATE:x::r:JANGAN LUPA SETELAH SIAP, LETAK LINK ANDA DI RUANGAN KOMEN INI

selamat berjaya:119::face64: