Saturday, April 16, 2011

Jangan dengki bole ?

Assalamualaikum readers..

Terdapat sebanyak 42 buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

Tajuk entri hari niy ialah menceritakan kandungan yg terdapat dlm Hadis 35 :

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.
Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' " 


sesungguhnya yg baik datangnya drp ALLAH S.W.T dan yg buruknya datang drp kesilapan diri sendiri. terima kasih.

Friday, April 15, 2011

Sehari bersama Datuk Dr. Syeikh Muzaffar Shukor

Assalamualaikum readers...

alhamdulillah, bersyukur kpd ALLAH kerana memberi peluang utk buat entri baru ikhlas utk kalian semua. Pertama, ucapkan alhamdulillah atas nikmat yg diberi oleh ALLAH swt. Keduanya, mari berselawat utk baginda Rasullullah saw. Ketiganya, mari juga sedekahkan al-fatihah utk kaum2 muslimin & muslimat yg masih hidup ataupun telah meninggal dunia. al-fatihah.

Entri hari niy utk menceritakan sedikit sebanyak pengalaman yg dikongsi oleh Angkasawan Pertama negara ! mesti kenal kan ? Datuk Dr. Syeikh Muzaffar Shukor.. anak jati negeri sembilan. beliau merupakan doktor ortopedik. berjaya terpilih untuk berlepas ke angkasa selepas menewaskan Dr Faiz. Seperti yg beliau katakan tadi, rahsia kejayaan beliau mengalahkan Dr Faiz ialah kekuatan minda & stamina. beliau juga berkata banyak cabaran yg sangat mencabar sbg ujian sebelum berjaya ke angkasa.

Antara cabarannya yg i ingat Dr syeikh cakap tadi ialah :

- terpaksa bersaing dengan 11 ribu calon utk menjadi angkasawan.
- terpaksa di hantar ke Russia utk latihan.
- dicampak ke lautan hitam di Syberia selama 3 hari 3 malam. suhu laut tersebut ialah -45 darjah celcius.
- terpaksa melalui 9G latihan ( iaitu latihan yg paling seram, 9G niy latihan yg ditekankan dgn 3 kali berat badan sendiri ) * ibarat gajah duduk atas kita. mcm tulah beliau cakap tadi.

banyak lagi lah. cerita selanjutnya. tekan SINI.

Syarat-syarat untuk apply borang menjadi angkasawan ialah :

- mempunyai ijazah * tak kisah ijzah ape pon.
- tiada kesan parut di tubuh badan ( kesan operate @ xcident ) * kesan jerawat bole OKK !
- sihat tubuh badan
- penglihatan & pendengaran tajam.
- tidak merokok !

* banyak lagi.. macam biase, googles saje.


lastly, i nak share ngn u'all sume picture2 yg disnap sepanjang bersama beliau hari niy..