Sunday, February 26, 2012

SATU TEKAD MENUJU KE ARAH JUTAWAN !

Assalamualaikum.. 

Berikanku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada Yang esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untuk ku teruskan pergembaraan
Tak rebah dan tersalah langkah

Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur utara juga selatan
Atau arah mentari terbenam

Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah

Thursday, January 26, 2012

HAPPY BIRTHDAY DATIN QJEY

Assalamualaikum readers..



Happy birthdayy to me. Dengan izin Allah swt hari ini 27 Januari 2012, maka genaplah umurku menjangkau usia 21 tahun. alhamdulillah~ bersyukur kpd Allah sebab diberi kesempatan utk menghirup udara yg segar, mengecapi kebahagiaan bersama keluarga, sahabat, dan insan tercinte. masih sempat merasai usia 21 tahun. makin tua usia, makin hampir kaki melangkah ke gerbang kematian.

usia dah pon 21 tahun, diharapkan diri ini semakin matang menempuh liku-liku kehidupan yg semakin mencabar. insyaallah, tahun nie adalah tahun utkku menggapai satu kejayaan yg pastinya telah lama ku impikan, iaitu Konvokesyen Diploma Perakaunan setelah 3 tahun usie pengajianku. moga Allah permudahkan segalanya.  kita hanya merancang, Allah jualah yg menentukannya.

Akhir kata, Moge aku menjadi insan yg solehah kpd ibubapa, keluarga, sahabat dan suamiku kelak.. amin