Monday, December 5, 2011

Takziah Apek


Assalamualaikum readers.. 



salam takziah buat Khairul Fahmi Che Mat (Apek) penjaga Gol Kebangsaan dan keluarganya diatas pemergian adik kesayangannya menyahut seruan illahi. Adik beliau, Mohd Amirul Izzat Che Mat telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.30 pagi semalam. Di khabarkan, Arwah telah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru kerana demam denggi.

Adik tersayang Amirul Izzat Che Mat yang baru berusia 16 tahun meninggal dunia akibat demam denggi kira-kira pukul 11.15 pagi semalam. Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM.

Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari.

Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.



credit to sumber bernama


No comments:

Post a Comment

berani komenlah.. hehe~