Sunday, January 8, 2012

Baucar bantuan 1 MALAYSIA



KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a)      Warganegara Malaysia;
b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).

      TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

      KADAR BB1M  
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

      TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
 
      PENUTUP
a)      Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b)      Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c)      Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.



 sumber : BERNAMA




Saturday, January 7, 2012

Pahit akan manis akhirnya

Assalamualaikum readers.

Happy saturday guys. hope you all sentiasa dlm kurnia dan limpahan rahmatNya. amin.
jom karok, hehe. with girls only lar, xbole campur laki. nanti xboleh nyanyi, suara itu aurat utk laki sebelum ia menjadi suami. ok, lets go. malam nie mari kite nyanyi lagu dendangan kumpulan ukays. Pahit akan Manis Akhirnya, dulu selalu nyanyi lagu nie. sangat suke lagu nie! sangat kene ngn jiwe. bile dihayati betul2 liriknya, terguris sangat hati. emm, sabarlah wahai hati, sekarang nie kamu telah menerima satu kebahagiaan lagi. so, skrg nie da tak nyanyi da lagu nie. hehe~

Puas aku mencuba
Menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap
Aku lupa daratan
Peritnya aku lalui
Kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini
Ku tidak ketentuan
Wanita manakah
Sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku
Tapi
hempedu bagimu
Terkadang harus terima
Suratan dariNya
Tidak salah kalau kasih dibahagi
Seadilnya
(Korus)
Telah… haaa..
Kufikir sedalamnya.. haaa..
Untuk membuat keputusan
Harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan… haaa…
Jatuh airmataku… haaa…
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup bersaudarakan dia walau hakikatnya
Hatimu terluka…
(Ulang Korus)

Moga suatu hari sembuhlah luka
(*)
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia
(ulang *)

hope you all terhibur. ok wassalam


aku-dia-org ketige! hahahahaha. lawakkk :)